Timbalan Ksu Keselamatan Kdn Adakan Lawatan Kerja Ke Jsj Bukit Aman
Kuala Lumpur, 9 April 2019 – Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dekat sini, petang tadi.
Ketibaan beliau di Tingkat 4, Menara 2 telah disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Huzir Mohamed dan Timbalan Pengarah (E1) Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan.
Beliau kemudiannya telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Pengarah JSJ untuk ditaklimatkan berkenaan pengoperasian tapisan keselamatan dan pendaftaran penjenayah oleh Ketua Penolong Pengarah (D4) JSJ, SAC Mazlan Haji Othman sebelum menyampaikan amanat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd Azis Jamman kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir.
Lawatan kerja tersebut berakhir kira-kira jam 6.15 petang.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.
Ucapan aluan daripada Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Huzir Mohamed.
Ucapan balas daripada Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.
Taklimat Tapisan Keselamatan daripada Ketua Penolong Pengarah (D4) JSJ, SAC Mazlan Haji Othman.
Sekitar mesyuarat berlangsung.
Sekitar mesyuarat berlangsung.
Sekitar mesyuarat berlangsung.
Sesi penyampaian cenderahati.
Sesi penyampaian cenderahati.
Sesi lawatan di sekitar pejabat JSJ Bukit Aman.
Sesi bergambar kenangan.
Sesi bergambar kenangan.