
Article
Timbalan Kpn Ziarah Kematian Pegawai Kanan Polis Terlibat Kemalangan
Port Dickson, 17 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menziarahi keluarga Allahyarham ASP M...
Port Dickson, 17 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menziarahi keluarga Allahyarham ASP Muhammad Safwan Muhamad Ismail yang meninggal dunia semalam akibat kemalangan jalan raya di Nilai, Negeri Sembilan.
Timbalan KPN tiba di kediaman Allahyarham di Taman Kiara Batu 2, di sini kira-kira jam 9.00 pagi dengan disambut oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
Allahyarham ASP Muhammad Safwan yang bertugas di Bahagian Counter Terrorism E8, Cawangan Khas, Bukit Aman telah meninggalkan seorang balu bersama empat orang cahaya mata dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Paya, di sini.
Hadir sama, Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas, Bukit Aman, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dan para Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.