Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Ziarah Jenazah Allahyarham Sac Misnon Abu

Diterbitkan: 20 Sep 2024 7.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seremban, 20 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menziarahi jenazah Penolong Pengarah (E9), Cawangan Khas Bukit Aman, Allahyarham SAC Misnon Abu, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-ziarah-jenazah-allahyarham-sac-misnon-abu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:04 MYT

Seremban, 20 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menziarahi jenazah Penolong Pengarah (E9), Cawangan Khas Bukit Aman, Allahyarham SAC Misnon Abu, pagi tadi.

Dato' Sri Ayob Khan berkesempatan menziarahi jenazah dan menzahirkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Garden City Homes. Beliau kemudiannya ke Masjid Hussain, Seremban 2 untuk bersama-sama para tetamu yang hadir melakukan solat jenazah sebelum Allahyarham SAC Misnon dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale, di sini.

Turut mengiringi Dato’ Sri Ayob Khan ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf.

Allahyarham SAC Misnon berusia 58 tahun meninggal dunia kira-kira jam 1.10 petang semalam di Hospital Tunku Jaafar akibat kegagalan buah pinggang.

Turut berkelapangan menziarahi jenazah Allahyarham SAC Misnon, iaitu bekas KPN, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, bekas Ketua Polis (KP) Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun serta bekas KP Negeri Sembilan, Dato’ Ruslan Khalid.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, KP Kuala Lumpur (KL), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, KP Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Salmi Yaacob dan Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 4 people and text

May be an image of 16 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 4 people

May be an image of 11 people and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 8 people and text




ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2024 7.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM