
Artikel
Timbalan Kpn Ziarah Jenazah Allahyarham Dato Ali Yahya
Petaling Jaya, 22 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menziarahi jenazah bekas Ketua...
Petaling Jaya, 22 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menziarahi jenazah bekas Ketua Penolong Pengarah (E2), Cawangan Khas Bukit Aman, pesara SAC I Dato' Ali Yahya, di sini.
Dato' Sri Ayob Khan menziarahi jenazah di Masjid Kota Damansara untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.
Hadir sama, bekas KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador, bekas Timbalan KPN, Tan Sri Husin Hj. Ismail, para pesara polis dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin bin Abd Hamid serta para pegawai kanan polis.
Allahyarham Dato' Ali, 78, meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi tadi di kediamannya di Kota Damansara.
Jurugambar: PDRM RMPTV