Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Tunai Solat Jumaat Bersama Kariah Klang Selatan Di Masjid Jamek Kota Raja

Diterbitkan: 18 Jul 2025 9.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Klang, 18 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan solat Jumaat bersama kariah daerah Klang Selatan di Masjid Jamek Kota Raja, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-tunai-solat-jumaat-bersama-kariah-klang-selatan-di-masjid-jamek-kota-raja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:16 MYT

Klang, 18 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan solat Jumaat bersama kariah daerah Klang Selatan di Masjid Jamek Kota Raja, tengah hari tadi.

Ketibaan Tan Sri Ayob Khan di Masjid Jamek Kota Raja tadi telah disambut oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Klang Selatan, ACP Ramli Kasa.

Solat Jumaat tadi telah dipimpin oleh Imam 1, Ustaz Hasan Kamar Syah sejurus selesai Khatib bertugas selaku Nazir Masjid Kota Raja, Al-Fadhil Ustaz Mohd Bakhtiar Suratman menyampaikan khutbah bertajuk "Ketelitian Dalam Berfatwa".

Antara pengajaran dalam khutbah tadi ialah proses mengeluarkan sesuatu fatwa bukanlah perkara mudah. Ia merupakan satu amanah besar yang memerlukan kajian mendalam agar keputusan yang dibuat selaras dengan ajaran agama dan mampu menjaga kepentingan masyarakat.

Seusai solat, Tan Sri Ayob Khan berkesempatan meluangkan masa menyantuni para jemaah yang hadir mengimarahkan masjid tersebut.

Turut serta, Timbalan KPD Klang Selatan, Superintenden Hj. Kamalariffin Aman Shah dan warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan serta penduduk kariah setempat.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 8 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 3 people and temple

May be an image of 8 people and text


ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2025 9.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM