
Article
Timbalan Kpn Tunai Solat Jumaat Bersama Kariah Gombak Di Masjid Jamek Al Amaniah
Gombak, 4 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan solat Jumaat bersama kariah daerah Gombak di...
Gombak, 4 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan solat Jumaat bersama kariah daerah Gombak di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, Selangor, di sini, tengah hari tadi.
Ketibaan Tan Sri Ayob Khan di Masjid Jamek Al-Amaniah telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis (KP) Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan.
Solat Jumaat tadi telah dipimpin oleh Pengurus Masjid, Ustaz Habib Abdul Fisol sejurus selesai menyampaikan khutbah bertajuk "Selangor Negeri Ahli Sunnah Wal Jamaah".
Seusai itu, Tan Sri Ayob Khan berkesempatan meluangkan masa menyantuni para jemaah yang hadir mengimarahkan masjid tersebut.
Turut serta, Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, SAC Imran Abd Rahman, KP Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir, Superintenden Koordinasi Kemasyarakatan/Pameran (JPJKK) Bukit Aman, Superintenden Mohamad Ra'ayim Hj. Jemakir dan warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.