Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Teruskan Tinjauan Kesiapsiagaan Pru Du Sabah Ke 17 Pada Hari Kedua

Diterbitkan: 27 Nov 2025 5.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Penampang, 27 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan siri lawatan kerja hari keduanya di Sabah bagi meninjau tahap kesiapsiagaan penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 di dua pusat penjumlahan undi di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-teruskan-tinjauan-kesiapsiagaan-pru-du-sabah-ke-17-pada-hari-kedua
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT
Penampang, 27 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan siri lawatan kerja hari keduanya di Sabah bagi meninjau tahap kesiapsiagaan penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 di dua pusat penjumlahan undi di sini, semalam.

Ketibaan Tan Sri Ayob Khan disambut oleh Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun sebelum beliau diiringi ke dua lokasi berkenaan, iaitu Dewan Kebudayaan Penampang dan Dewan Sri Putatan. Taklimat penugasan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Penampang, Superintenden Sammy Newton.

Selesai sesi di Penampang, Tan Sri Ayob Khan bersama Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias meneruskan rangka kerja ke Tawau bagi meninjau pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Tawau dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin. Beliau turut diberi taklimat penugasan bagi kedua-dua lokasi oleh KPD Tawau, ACP Jasmin Hussin.

Lawatan semalam turut merangkumi tinjauan menyeluruh di semua tapak pusat penjumlahan undi bagi memastikan persiapan logistik serta langkah-langkah keselamatan berada pada tahap optimum menjelang hari pengundian.

Sebanyak 55 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibuka di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, manakala 49 PDM disediakan di bawah pentadbiran IPD Tawau bagi memastikan proses pengundian di Sabah dapat dijalankan dengan selamat, lancar dan teratur.

Turut hadir, barisan ketua jabatan dan para pegawai kanan polis kontinjen Sabah.

Jurugambar: PDRM RMP TV
May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of ‎text that says '‎DEWAN MASYARAKAT TAWAU @HAKMILIK PDRV KMILIK لاوكم λαμήι‎'‎

May be an image of one or more people

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 27 Nov 2025 5.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM