
Artikel
Timbalan Kpn Teruskan Tinjauan Kesiapsiagaan Pru Du Sabah Ke 17 Pada Hari Kedua
Penampang, 27 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan siri lawatan kerja hari keduanya di Sa...
Penampang, 27 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan siri lawatan kerja hari keduanya di Sabah bagi meninjau tahap kesiapsiagaan penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 di dua pusat penjumlahan undi di sini, semalam.
Selesai sesi di Penampang, Tan Sri Ayob Khan bersama Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias meneruskan rangka kerja ke Tawau bagi meninjau pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Tawau dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin. Beliau turut diberi taklimat penugasan bagi kedua-dua lokasi oleh KPD Tawau, ACP Jasmin Hussin.
Lawatan semalam turut merangkumi tinjauan menyeluruh di semua tapak pusat penjumlahan undi bagi memastikan persiapan logistik serta langkah-langkah keselamatan berada pada tahap optimum menjelang hari pengundian.
Sebanyak 55 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibuka di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, manakala 49 PDM disediakan di bawah pentadbiran IPD Tawau bagi memastikan proses pengundian di Sabah dapat dijalankan dengan selamat, lancar dan teratur.
Turut hadir, barisan ketua jabatan dan para pegawai kanan polis kontinjen Sabah.
Jurugambar: PDRM RMP TV




