
Artikel
Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Kerja Rasmi Ke Jpjkk Bukit Aman
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)...
Kuala Lumpur, 6 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, bagi lawatan kerja rasminya pagi tadi.
Dalam lawatan kerja rasmi itu juga, Timbalan KPN turut berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga JPJKK agar mengekalkan imej dan kredibiliti jabatan selain meningkatkan integriti serta tata kelola bagi memastikan perkhidmatan yang efisien dapat disalurkan kepada masyarakat.
Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan sekitar jam 10.45 pagi tadi telah disambut oleh Pengarah JPJKK, CP Dato' Sri Aidi Ismail sebelum menandatangani buku pelawat.
Dato' Sri Aidi turut menyampaikan taklimat berkenaan kesiapsiagaan dan pelan pembangunan aset serta sumber manusia JPJKK dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK, Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan barisan Ketua Penolong Pengarah serta pegawai kanan JPJKK, Bukit Aman.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Bryan Mustin