
Article
Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Kerja Rasmi Ke Cawangan Khas
Kuala Lumpur, 22 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meneruskan siri lawatan kerja rasm...
Kuala Lumpur, 22 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meneruskan siri lawatan kerja rasmi beliau ke Cawangan Khas di Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman, di sini.
Kehadirannya telah disambut oleh Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.
Dalam lawatan kerja rasmi tersebut, Dato' Sri Ayob Khan telah menyampaikan pesanan dan nasihat agar warga kerja Cawangan Khas mempraktikkan pendekatan lebih kreatif, proaktif dan berfikir secara di luar kotak dalam menangani cabaran masa kini yang lebih mencabar.
Di samping itu, operasi-operasi berskala tinggi serta maklumat risikan khususnya dalam membanteras kegiatan militan (terrorism), penyelewengan agama, aktiviti penyeludupan kontraban, aktiviti “counter-intelligence” dan juga ancaman sempadan negara perlu ditingkatkan.
Beliau juga menyarankan agar tata kelola penyeliaan digerakkan secara proaktif di semua lapisan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan juga Pegawai Awam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid dan barisan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid




