
Artikel
Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Negeri Sembilan
Seremban, 15 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis K...
Seremban, 15 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan, DCP Dato' Alzafny Ahmad sebelum dibawa ke pejabat rasmi KP bagi sesi kunjungan hormat.
Dalam lawatan yang diadakan, beliau telah diberi taklimat oleh DCP Dato’ Alzafny yang merangkumi situasi jenayah semasa, keupayaan operasi serta cabaran strategik yang dihadapi Kontinjen Negeri Sembilan.
Tan Sri Ayob Khan turut mengadakan perjumpaan bersama warga kerja IPK Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Utama. Beliau telah menzahirkan penghargaan terhadap iltizam pegawai dan anggota dalam memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Beliau juga mengingatkan agar integriti, disiplin dan semangat kerja berpasukan terus menjadi teras kekuatan organisasi, di samping mematuhi segala arahan yang dikeluarkan serta mengambil perhatian terhadap Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 sebagai garis panduan dalam perkhidmatan.
Dalam lawatan yang sama, beliau turut mengadakan perjumpaan serta menyampaikan amanat kepada warga Cawangan Khas Kontinjen Negeri Sembilan dalam memperkukuhkan tugasan risikan yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keharmonian negara sentiasa terjamin.
Turut hadir, Timbalan KP Negeri Sembilan, SAC Mohd Nashrudin Mohd Shariff serta barisan ketua jabatan dan ketua polis daerah.
Jurugambar: PDRM RMP TV




