Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Konsul Kehormat Republik Gambia Di Malaysia

Diterbitkan: 19 Jan 2024 2.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 19 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan daripada Konsul Kehormat Republik Gambia di Malaysia, Yang Mulia Tengku Shamsulbhari Almarhum Tengku Azman Shah Al-Haj di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-konsul-kehormat-republik-gambia-di-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT
Kuala Lumpur, 19 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan daripada Konsul Kehormat Republik Gambia di Malaysia, Yang Mulia Tengku Shamsulbhari Almarhum Tengku Azman Shah Al-Haj di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.

Pertemuan tersebut diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara PDRM dan Republik Gambia secara bilateral dan menerokai peluang pembangunan kapasiti dari segi latihan yang boleh ditawarkan kepada institusi kepolisan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato' Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar, Superintendan Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, Superintendan Loh Pey Pey dan delegasi Republik Gambia.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, the Oval Office and text

May be an image of 6 people, the Oval Office and text

May be an image of 3 people, the Oval Office and text

May be an image of 2 people, the Oval Office and text

May be an image of 2 people and text that says 'BUKIT AMAN UP'

May be an image of 2 people, dais and text that says 'BUKIT AMAN D DIRAJA POLIS'
ArtikelDiterbitkan 19 Jan 2024 2.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM