
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Yang Di Pertua Dewan Rakyat
Kuala Lumpur, 1 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Yang di-P...
Kuala Lumpur, 1 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR), Tan Sri Dato' Johari Abdul di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan barisan pegawai khas YPDR.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.