Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Komunikasi Bersama Delegasi Skmm

Published: 26 Apr 2024 9.44 AM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Kuala Lumpur, 26 April 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-komunikasi-bersama-delegasi-skmm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:19 MYT
Kuala Lumpur, 26 April 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Turut serta bersama Timbalan Menteri Komunikasi tadi ialah delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan, SKMM, Dato’ Mohd Shafie Harun.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan rasmi tadi ialah berkenaan dengan isu-isu jenayah penipuan dan perjudian dalam talian khususnya menerusi aplikasi media sosial.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Dennis Lim Kuang Keng dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 12 people and text that says 'IBU PEJABAT POLISDIRAJAMALAYSIA POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT POLISBURALAYSIA BUKITAMAN AMAN MILIKLL MILIK

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people, newsroom and text
ArticlePublished 26 Apr 2024 9.44 AMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM