Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Eksekutif Keselamatan Ipsom

Published: 30 Oct 2025 12.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pasukan penyelidik di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-timbalan-ketua-eksekutif-keselamatan-ipsom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:24 MYT


Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pasukan penyelidik di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Keselamatan) IPSOM, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan bertujuan mentaklimatkan beliau berkenaan kajian empirikal di bawah KDN bagi Tahun 2025 yang meliputi pelan tindakan menangani ancaman dadah, substan dan ancaman jenayah siber negara yang dilakukan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman.


Jurugambar: PDRM RMPTV

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Eksekutif Keselamatan Ipsom

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Eksekutif Keselamatan Ipsom

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Eksekutif Keselamatan Ipsom

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Eksekutif Keselamatan Ipsom

May be an image of dais and text
ArticlePublished 30 Oct 2025 12.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM