
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Senator Ahli Dewan Negara
Kuala Lumpur, 27 Februari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini telah menerima kunjungan hormat dar...
Kuala Lumpur, 27 Februari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Senator Ahli Dewan Negara, Dato’ Sivaraj Chandran di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan diadakan bertujuan bagi membincangkan beberapa isu melibatkan golongan belia masyarakat India seperti dalam aspek jenayah dan profesion kepolisan dalam PDRM.
Hadir sama, Pegawai Khas, Encik Kiruban Aliges.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri






