Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Mfl 04122025

Published: 04 Dec 2025 1.08 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan bersama delegasi di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-presiden-mfl-04122025
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:27 MYT
Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan bersama delegasi di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini.

Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan hala tuju terkini penganjuran Liga Bola Sepak Malaysia, termasuk aspek keselamatan melibatkan pasukan bola sepak serta usaha memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dan MFL. Perbincangan turut menekankan kepentingan memastikan penganjuran liga berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Fazlisyam Abd Majid, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan serta Penolong Pengarah Persenjataan (CBRNE), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Hammizamri Abdullah.

Jurugambar: PDRM RMPTV
May be an image of television, the Oval Office and text

May be an image of dais and the Oval Office

May be an image of suit and text

May be an image of text that says 'BUKIT BUKITAMAN AMAN dNa せ H 본'

May be an image of dais and text that says 'BUKIT BUKITAMAN AMAN GHANI 21'

ArticlePublished 04 Dec 2025 1.08 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM