
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Persatuan Syarikat Syarikat Sewa Beli Malaysia Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 24 Disember 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menerima kunjungan sulung daripa...
Kuala Lumpur, 24 Disember 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menerima kunjungan sulung daripada delegasi Persatuan Syarikat-syarikat Sewa Beli Malaysia bertempat di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Sesi kunjungan hormat yang berlangsung kira-kira satu jam tadi, menyentuh berkenaan isu sindiket pembiayaan kereta yang mampu menyebabkan kerugian kepada bank dan syarikat kredit selain sindiket penarik kereta haram yang semakin berleluasa di dalam negara.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng dan Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: PDRM RMP TV