
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat
Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pe...
Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah JIPS (BAKA) Bukit Aman, SAC Hj. Md Khair Hj. Othman serta delegasi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat.