Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat

Diterbitkan: 04 Jan 2024 12.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-pengerusi-pertubuhan-ikatan-komuniti-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:59 MYT
Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Intipati kunjungan tersebut antaranya membincangkan mengenai keselamatan dan langkah pencegahan jenayah melibatkan komuniti selain isu kesihatan mental dalam kalangan warga PDRM.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah JIPS (BAKA) Bukit Aman, SAC Hj. Md Khair Hj. Othman serta delegasi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2024 12.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM