
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengarah Urusan Perniagaan Sektor Awam Google Cloud Asia Pasifik
Kuala Lumpur, 15 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urus...
Kuala Lumpur, 15 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Perniagaan Sektor Awam Google Cloud bagi rantau Asia Pasifik, Encik Rahul Sharma bersama delegasi di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, petang tadi.
Antara yang dibincangkan ialah potensi kerjasama teknologi berteraskan Kecerdasan Buatan (AI), analitik data dan keselamatan awam berasaskan awan (Cloud Security), usaha memperkukuh hubungan strategik jangka panjang antara kedua-dua pihak serta pengenalan teknologi terkini dalam menyokong transformasi digital sektor keselamatan negara.
Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan & Pembangunan), SAC Abd Rahman Kassim bersama barisan pegawai kanan PDRM.