Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengarah Urusan Global Defence System Sdn Bhd
Kuala Lumpur, 5 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan...
Kuala Lumpur, 5 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Global Defence System Sdn. Bhd., Encik Aznan Abd Ghani di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Usaha itu dilihat selaras dengan matlamat untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan Pasukan dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa dan akan datang, di samping memperkukuh keupayaan operasi PDRM.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DCP M.V Srikumar Madhavan Nair, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Komander (Operasi) Pasukan Gerakan Udara, Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Ahmad Lokman Abd Hadi dan para pegawai kanan PDRM.