Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengarah Biro Kawalan Narkotik Negara Brunei Darussalam

Published: 20 Nov 2023 6.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 20 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Biro Kawalan Narkotik (BKN) Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh pengarahnya, Yang Mulia Dato Paduka Mohd Zalani Hj. Ismail di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-pengarah-biro-kawalan-narkotik-negara-brunei-darussalam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:44 MYT
Kuala Lumpur, 20 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Biro Kawalan Narkotik (BKN) Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh pengarahnya, Yang Mulia Dato Paduka Mohd Zalani Hj. Ismail di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, hari ini.

Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan jenayah narkotik dan meningkatkan hubungan bilateral di antara PDRM dan BKN Negara Brunei Darussalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Kamarudin Md Din, Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rodzi Jidin dan Penolong Pengarah Urus Setia JSJN Bukit Aman, Superintenden Mohamed Salim Gulam Mohammad serta delegasi BKN Negara Brunei Darussalam.

Jurugambar: RMPTv.

ArticlePublished 20 Nov 2023 6.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM