
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Komandan Maktab Ketahanan Nasional
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada K...
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Mejar Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Juruarah Kanan Laut MKN, Laksamana Pertama Rosli Abd Ghani yang membincangkan mengenai kerjasama antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia dalam membangunkan institusi pendidikan di dalam bidang kepolisan mahupun ketenteraan.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid





