
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Deputy Commissioner Of Afp
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan hor...
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Deputy Commissioner of Australian Federal Police (AFP), Lesa Gale di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Intipati kunjungan tadi antaranya meningkatkan kerjasama dan jalinan strategik PDRM dengan AFP dalam pencegahan jenayah rentas sempadan.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, SAC Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.