Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Unsaat

Published: 28 Feb 2022 3.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Februari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat delegasi United Nations Selection Assistance and Assessment Team (UNSAAT) yang diketuai Brigadier General Akram Hassan Afifi bersama Superintendant Mam Bintou Ndongo di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-unsaat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:38 MYT
 

Kuala Lumpur, 28 Februari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat delegasi United Nations Selection Assistance and Assessment Team (UNSAAT) yang diketuai Superintendant Mam Bintou Ndongo bersama Brigadier General Akram Hassan Afifi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Antara agenda yang dibincangkan dalam kunjungan tadi ialah pemilihan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan tugas pengaman dalam misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan senario keselamatan negara-negara yang bergolak di bawah perhatian United Nation (UN).

UNSAAT ini dikendalikan oleh Cawangan Istiadat, Jabatan Pengurusan PDRM yang diketuai oleh Ketua Pegawai Turus Istiadat, Superintendan Mohamad Ra'ayim Hj. Jemakir dan pemilihan melibatkan 150 peserta dari pelbagai jabatan dalam PDRM.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Penolong Pengarah Pengurusan Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Tuan Nor Azman Mohd Noor.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan.

May be an image of 4 people, people sitting and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'BUKIT AMAN AJA'

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 10 people and people standing

ArticlePublished 28 Feb 2022 3.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM