
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Syarikat Touch Tronics Railway Services
Kuala Lumpur, 3 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada delega...
Kuala Lumpur, 3 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Touch Tronics Railway & Services yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Sivaprakash Govindasamy di Bilik Tetamu KPN, Aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut yang turut disertai oleh Pengarah Kewangan syarikat, Encik Norazlan Mohd Yusof, bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik dalam aspek teknologi serta sokongan logistik, selain cadangan pelancaran jersi rasmi pasukan bola sepak PDRM.
Turut hadir, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia KPN, DCP Datuk Fazlisyam Abd Majid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya serta Penolong Pengarah Cawangan Persenjataan (C.B.R.N.E), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Hammizamri Abdullah.
Jurugambar: PDRM RMPTV




