
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Syarikat Drb Hicom Defence Technologies Sdn Bhd
Kuala Lumpur, 4 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini telah menerima kunjungan hormat dari...
Kuala Lumpur, 4 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Delegasi yang diketuai oleh Ahli Lembaga Pengarah, pesara DCP Dato' Yusoff Mohd Amin itu bertujuan membincangkan isu pembekalan kenderaan “Armoured Personel Carrier” (APC) untuk kegunaan Pasukan Gerakan Am, selain bertukar pendapat mengenai langkah memperkasa kesiapsiagaan Pasukan dalam menjaga ketenteraman awam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/ Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.