
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Syarikat Amp Corporation M Sdn Bhd
Kuala Lumpur, 24 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi...
Kuala Lumpur, 24 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Sri Mustaffa Hj. Abd Rahman hadir bagi membincangkan hasil Bengkel Radar Pengawasan Laut (Maritime Surveillance Radar Workshop) yang mempunyai kaitan dengan aspek keselamatan negara.
Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Komander Pasukan Polis Marin, SAC Norzaid Muhammad Said.
Jurugambar: PDRM RMP TV