
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Sprm
Kuala Lumpur, 18 Disember 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Su...
Kuala Lumpur, 18 Disember 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk TPj Ahmad Nizam Ismail, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Kunjungan berkenaan bertujuan membincangkan peluang kerjasama dua hala antara kedua-dua agensi dalam kempen pencegahan jenayah dan anti rasuah dalam kalangan pelajar sekolah, selain aspek penguatkuasaan undang-undang secara berterusan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Hamzah Hj. Ahmad, Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim.
Jurugambar: PDRM RMPTV