
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Sc 20250609
Kuala Lumpur, 6 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada d...
Kuala Lumpur, 6 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Delegasi tersebut yang diketuai oleh Pengerusi SC, Dato’ Mohamad Faiz Azmi bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik dengan PDRM, khususnya dalam menangani cabaran jenayah kewangan yang kian kompleks, termasuk penyalahgunaan aset digital dan mata wang kripto.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah Urusan SC, Datin Paduka Azalina Adham, Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Mohd Mahidisham Ishak, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.




