
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Nfcc
Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada d...
Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan National (NFCC) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Pertemuan yang diadakan mencerminkan komitmen berterusan antara PDRM dan NFCC dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bagi menangani jenayah kewangan yang semakin kompleks dan merentasi sempadan.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng.