
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Muslim World League Arab Saudi
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025- Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dr. Abd...
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025- Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dr. Abdul Qadir Ahmed Al Mashhor bersama delegasi Muslim World League, Arab Saudi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala serta membincangkan peluang kerjasama strategik antara PDRM dan Muslim World League.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan.