Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Alpine Integrated Solution Sdn Bhd

Published: 27 Jun 2024 12.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd. yang diketuai oleh pengerusinya, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-alpine-integrated-solution-sdn-bhd
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:11 MYT
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd. yang diketuai oleh pengerusinya, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan hormat yang dilakukan adalah bagi menyampaikan perkembangan persediaan penganjuran Asia International Security Summit 2024 (AISEE'24) yang bakal berlangsung pada Oktober depan. AISEE'24 kali ini akan mempamerkan produk serta teknologi terkini yang memfokuskan industri serta sektor keselamatan negara termasuk keselamatan siber.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad, Timbalan Pengarah (Cyber Crime), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Lim Joo Soon, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin serta delegasi Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person, the Oval Office and text

May be an image of 1 person, dais and text

ArticlePublished 27 Jun 2024 12.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM