Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Presiden Ppikkm

Diterbitkan: 13 Aug 2019 4.38 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pekerja Industri Kawalan Keselamatan Malaysia (PPIKKM), Encik Mohd Hasnizam Md Daud di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-presiden-ppikkm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:04 MYT

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2019 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pekerja Industri Kawalan Keselamatan Malaysia (PPIKKM), Encik Mohd Hasnizam Md Daud di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi mewujudkan persefahaman dan permuafakatan antara PDRM dengan PPIKKM selain berkongsi maklumat ke arah memajukan industri kawalan keselamatan serta membincangkan cara meningkatkan mutu kemahiran pekerja.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato’ Cheong Koon Kock, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), SAC Dato' Dr. Mustafa Khan Abdul Samat, Ketua Lesen Pasukan, SAC Datin Noorsiah Mohd Saaduddin dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.

Image may contain: 5 people, people standing, suit and indoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Presiden Persatuan Pekerja Industri Kawalan Keselamatan Malaysia (PPIKKM), Encik Mohd Hasnizam Md Daud ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Presiden Persatuan Pekerja Industri Kawalan Keselamatan Malaysia (PPIKKM), Encik Mohd Hasnizam Md Daud ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

ArtikelDiterbitkan 13 Aug 2019 4.38 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM