Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGERUSI DSA EXHIBITION AND CONFERENCE SDN. BHD.

Diterbitkan: 26 Sep 2023 11.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 September 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Defence Services Asia (DSA) Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Datuk Azzat Kamaludin bersama delegasinya di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara (KPN), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-pengerusi-dsa-exhibition-and-conference-sdn-bhd-20230926
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:23 MYT
Kuala Lumpur, 26 September 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Defence Services Asia (DSA) Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Datuk Azzat Kamaludin bersama delegasinya di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara (KPN), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan bagi membincangkan berkenaan Pameran DSA 2024 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 6 hingga 9 Mei 2024.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api), SAC Dato’ Dzulkhairi Mukhtar serta Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 7 people, the Oval Office, dais and text

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of 9 people, people studying, lighting, table, indoors and newsroom

ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2023 11.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM