
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Pemasaran Dan Teknologi Tm Berhad
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pemasaran dan Teknologi Telekom Malaysia (TM) Berhad, Ir. Ts. Azizi A. Hadi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Antara intipati perbincangan adalah mengenai perkhidmatan rangkaian yang disediakan oleh TM Berhad bagi memastikan kemudahan komunikasi dalam Polis Diraja Malaysia berada pada tahap terbaik.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Penolong Pengarah Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), SAC Tuan Mohd Kamal Kordi dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid.
Pengarah Pemasaran dan Teknologi Telekom Malaysia (TM) Berhad, Ir. Ts. Azizi A. Hadi menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Sekitar kunjungan hormat delegasi Syarikat Telekom Malaysia (TM) Berhad ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Sekitar kunjungan hormat delegasi Syarikat Telekom Malaysia (TM) Berhad ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Sesi bergambar kenangan.