
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim
Kuala Lumpur, 3 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Dakwa...
Kuala Lumpur, 3 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ustaz Dr. Bashir Mohamed Al-Azhari di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Turut hadir bersama delegasi tadi adalah Syeikh Dr. Muhammad Abdul Hakeem yang merupakan anak kepada Mufti Besar India, Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari.
Intipati kunjungan tersebut bagi membincangkan kerjasama YADIM dengan PDRM meliputi pendekatan menangani fahaman ekstremis serta militan dalam mengekalkan keamanan negara.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan ACP Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Mazlan Ismail.