Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Delegasi Msfg Utm

Published: 08 Sep 2025 9.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jurugambar: PDRM RMP TV
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-kunjungan-delegasi-msfg-utm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:31 MYT
Kuala Lumpur, 8 September 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Makmal Satelit Forensik Geospatial (MSFG) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Dekan Fakulti Alam Bina & Ukur, UTM, Profesor Sr. Dr. Kherun Nita Ali itu bagi memperkenalkan MSFG UTM-PDRM (Polis Diraja Malaysia) iaitu kolaborasi kedua-dua pihak yang merangkumi peranan makmal, kepakaran dan teknologi sedia ada serta produk-produk berasaskan Teknologi Geospatial Kecerdasan Buatan (AI) bagi tujuan keselamatan awam dan negara.

Perbincangan turut menekankan kerjasama dengan PDRM dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan aplikasi teknologi, termasuk peluang dana bagi menyokong kajian AI untuk siasatan forensik.

Turut hadir, Pengarah MSFG UTM-PDRM, Sr. Dr. Mohd Farid Mohd Ariff, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Abdul Rahman Kassim serta ahli-ahli MSFG.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Delegasi Msfg Utm

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Delegasi Msfg Utm

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Delegasi Msfg Utm

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Delegasi Msfg Utm

Timbalan Kpn Terima Kunjungan Delegasi Msfg Utm
 
ArticlePublished 08 Sep 2025 9.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM