Timbalan Kpn Terima Dua Kunjungan Hormat Badan Swasta
Kunjungan hormat berkenaan dimulai dengan pertemuan bersama Pengerusi Eksekutif Syarikat Aspek Tumpuan Sdn Bhd, Tan Sri Haji Badruddin Amiruldin yang hadir bagi membincangkan berkenaan penyelenggaraan Sistem COPS Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menambahbaik perkhidmatan polis kepada masyarakat selain mengeratkan silatulrahim di antara kedua-dua belah pihak.
Sejurus selesai, Dato’ Pahlawan Mazlan kemudiannya menerima rombongan dari Syarikat Unggul Raya Sdn Bhd yang diketuai oleh Tan Sri Rozali.
Pertemuan lebih sejam itu pula antara lainnya membincangkan berkenaan pemasangan sistem solar elektrik di seluruh Ibu Pejabat PDRM, pembinaan solar panel serta Pondok Polis Bergerak ‘Police Beat’ dan juga sistem solar elektrik berskala besar di atas tanah milik PDRM.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato' Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah II, Jabatan Logistik dan Teknologi, SAC Tuan Gilberd Philip Layang dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid.

Ketibaan Pengerusi Eksekutif Syarikat Aspek Tumpuan Sdn Bhd, Tan Sri Haji Badruddin Amiruldin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sekitar kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Syarikat Aspek Tumpuan Sdn Bhd, Tan Sri Haji Badruddin Amiruldin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sekitar kunjungan hormat Unggul Raya Sdn Bhd yang diketuai oleh Tan Sri Rozali di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.