Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Terima Anugerah Special Award Global Islamic Leadership Sempena World Islamic Tourism Trade Award 2024

Published: 27 Aug 2024 12.28 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menerima Anugerah Special Award-Global Islamic Leadership sempena penganjuran World Islamic Tourism and Trade Award 2024 di Sunway Resort Hotel, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-terima-anugerah-special-award-global-islamic-leadership-sempena-world-islamic-tourism-trade-award-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:52 MYT
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menerima Anugerah Special Award-Global Islamic Leadership sempena penganjuran World Islamic Tourism and Trade Award 2024 di Sunway Resort Hotel, di sini, semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengarah Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) dan Pengerusi Perdagangan Islam Asia (AITEX), Dato' Dr. Hj. Mohd Khalid Harun kepada Dato’ Sri Ayob Khan.

Anugerah tersebut bertujuan meraikan kecemerlangan dalam pelancongan Islam dengan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu dan organisasi yang telah memberikan impak signifikan kepada industri.

Selain Dato’ Sri Ayob khan, beberapa tokoh dalam negara turut menerima anugerah mengikut bidang masing-masing. Antaranya, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, artis Noraniza Idris dan beberapa yang lain.

Terdahulu, program yang berlangsung selama empat hari bermula 23 Ogos lalu telah berjaya menghimpunkan agensi dari badan terkemuka dalam sektor pelancongan serta perdagangan Islam global.

Hadir sama, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, SAC Datin Sri Zalena Mohd Ariffin, barisan pegawai kedutaan asing, para pegawai kanan kerajaan dan swasta serta rakan-rakan media.
Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people, newsroom and text

May be an image of 12 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people and text



ArticlePublished 27 Aug 2024 12.28 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM