Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Sempurnakan Perasmian Ipd Gombak

Published: 29 Nov 2021 9.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gombak, 29 November 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, yang berlangsung di dataran padang kawad, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sempurnakan-perasmian-ipd-gombak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:47 MYT
Gombak, 29 November 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, yang berlangsung di dataran padang kawad, di sini.
 
Kompleks IPD Gombak yang mula beroperasi sejak tahun 2002 telah dibina di atas tanah berkeluasan 10.7 hektar di Jalan Bukit Idaman Selayang, Batu Caves dan meliputi prasarana seperti dewan serbaguna, surau, tadika, kuarters serta lain-lain.

Majlis yang berlangsung lebih dua jam itu turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh dua selebriti tanah air, Dato' Eizlan Yusof dan Puan Salina Saibi sebagai pelengkap gimik perasmian daripada anggota Unit Tindakhas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut menjadi tumpuan dalam majlis tadi adalah persembahan daripada Pancaragam Pusat dan Badan Seni Budaya PDRM serta "Tarian Perang" oleh anggota Senoi Praaq dari Pasukan Gerakan Am, Bidor, Perak.

Seusai majlis, Datuk Seri Hj. Mazlan telah menandatangani plak di lobi Balai Polis Selayang yang terletak kira-kira 100 meter dari padang kawad sebagai simbolik perasmian.

Turut hadir, isteri Timbalan KPN yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Hajah Anizah Musa, Pegawai Daerah Gombak, Puan Nor Azlina Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Mohd Yazid Sairi, barisan Pengarah PDRM dan Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga IPD atas perasmian tersebut. Semoga kalian terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaikbuat 1.2 juta penduduk di kawasan Gombak.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Koperal Muhammad Iqtar Azmi dan Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar.

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

16

18

20

21

26

30.2

30.4

30.5

31

May be an image of 11 people, people standing, indoor and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DAERAH GOMBAK I 11/1/ A'

May be an image of 2 people, people standing, headscarf, outdoors and text that says 'umm SELAMAT S DATANG KE MAJLIS PERASMIAN LAMAN MAZLAN PADA 29 NOV 202




ArticlePublished 29 Nov 2021 9.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM