Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sempurnakan Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Kali Ke 20

Diterbitkan: 07 Sep 2024 3.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bangi, 7 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi hadir ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam Kali Ke-20 Tahun 2024, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sempurnakan-majlis-tamat-latihan-dan-penyampaian-sijil-pelantikan-inspektor-kor-suksis-universiti-awam-kali-ke-20
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:20 MYT
Timbalan Kpn Sempurnakan Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Kali Ke 20
Laman Utama / Artikel / Timbalan Kpn Sempurnakan Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Kali Ke 20
Kembali ke Pustaka
Artikel

Timbalan Kpn Sempurnakan Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Kali Ke 20

Bangi, 7 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi hadir ke Universiti Kebangsaan Malaysia (...
Bangi, 7 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi hadir ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam Kali Ke-20 Tahun 2024, di sini.
Ketibaan beliau bersama isteri yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin pada pukul 8.30 pagi tadi diiringi Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad serta Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.
Majlis tahun ini menyaksikan seramai 840 Pegawai Inspektor Kor SUKSIS daripada 17 buah universiti awam dari seluruh negara berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang.
Jumlah tersebut membabitkan 442 pegawai wanita dan 398 pegawai Kor SUKSIS lelaki dari pelbagai bidang pengajian di perigkat ijazah sarjana muda.
Terdahulu, dalam acara yang berlangsung di Padang Kawad UKM pagi tadi, Dato’ Sri Ayob Khan turut diberi penghormatan untuk memeriksa baris dengan menaiki kenderaan istiadat.
Majlis turut disusuli dengan penyampaian sijil pelatih terbaik yang cemerlang dalam semua modul latihan yang telah diambil sepanjang enam semester pengajian di universiti masing-masing. Mereka terdiri daripada penerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Pelatih Terbaik Latihan Luar dan Pelatih Terbaik Akademik.
Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM merangkap Komandar Kor SUKSIS UKM, Profesor Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil.
Jurugambar: PDRM RMP TV
 
May be an image of 2 people
May be an image of 5 people and text
May be an image of 6 people, clarinet and text
ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2024 3.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM