Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sempurna Istiadat Penganugerahan P J P N Kepada 208 Penerima Peringkat Kontinjen Kedah

Diterbitkan: 17 Sep 2023 1.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Alor Setar, 17 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 208 penerima peringkat Kontinjen Kedah bertempat di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sempurna-istiadat-penganugerahan-p-j-p-n-kepada-208-penerima-peringkat-kontinjen-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:34 MYT
Alor Setar, 17 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 208 penerima peringkat Kontinjen Kedah bertempat di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Penganugerahan pingat itu adalah sebagai tanda penghargaan di atas khidmat bakti mereka semasa era darurat dan yang masih berkhidmat dalam Pasukan, pesara polis serta waris pesara.

Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan sekitar jam 2.15 petang tadi telah disambut oleh anggota Guard Turn Out dari Cawangan Kem Komandan IPK Kedah sebelum dibawa menandatangani buku pelawat sambil diiringi Ketua Polis negeri, CP Dato’ Fisol Salleh.

Turut hadir dalam istiadat tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, barisan Ketua Jabatan IPK Kedah, Ketua-ketua Polis Daerah, para pegawai kanan dan anggota polis serta rakan media.

Jurugambar: RMPTv

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 2 people

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 8 people, headscarf and dais

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people, people smiling, hospital and text
ArtikelDiterbitkan 17 Sep 2023 1.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM