
Article
Timbalan Kpn Sempurna Istiadat Penganugerahan P J P N Kepada 208 Penerima Peringkat Kontinjen Kedah
Alor Setar, 17 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Istiadat Penganugerah...
Alor Setar, 17 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 208 penerima peringkat Kontinjen Kedah bertempat di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.
Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan sekitar jam 2.15 petang tadi telah disambut oleh anggota Guard Turn Out dari Cawangan Kem Komandan IPK Kedah sebelum dibawa menandatangani buku pelawat sambil diiringi Ketua Polis negeri, CP Dato’ Fisol Salleh.
Turut hadir dalam istiadat tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor, barisan Ketua Jabatan IPK Kedah, Ketua-ketua Polis Daerah, para pegawai kanan dan anggota polis serta rakan media.
Jurugambar: RMPTv