Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Santuni Pencarum Skim Pzb Dalam Kalangan Inspektor Pelatih Pulapol Kuala Lumpur

Diterbitkan: 05 Oct 2023 12.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyantuni para pencarum Potongan Zakat Bulanan (PZB) dalam majlis ramah mesra yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-santuni-pencarum-skim-pzb-dalam-kalangan-inspektor-pelatih-pulapol-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:31 MYT
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyantuni para pencarum Potongan Zakat Bulanan (PZB) dalam majlis ramah mesra yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Majlis anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menerusi Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu adalah bagi memberikan galakan, motivasi dan penghargaan kepada 42 Inspektor Pelatih PULAPOL Kuala Lumpur Siri 1/2023 yang telah menjadi pencarum zakat tertinggi dalam kalangan pelatih lain.

Seramai 437 pelatih turut mencarum zakat melalui kaedah skim PZB dengan jumlah kutipan keseluruhan bernilai RM16,468.32 sebulan dan kutipan tahunan berjumlah RM197,619.84. Dengan jumlah tersebut membuktikan tahap kesedaran kewajipan berzakat dalam kalangan warga PDRM telah meningkat.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan berharap kempen seumpama ini dapat diteruskan bagi memberi penjelasan berkenaan zakat dan kepentingan pelaksanaan pembayaran zakat pendapatan melalui kaedah potongan gaji.

“Ia juga bagi meningkatkan jumlah sasaran pembayar zakat warga PDRM melalui PZB melebihi 80 peratus yang akan memberi pulangan manfaat yang lebih besar kepada warga PDRM,” ujar beliau.

Turut hadir, Pengarah JIPS, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengurus Besar Operasi Luar PPZ-MAIWP, Encik Fahmi Ismail, Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud, Ketua Penolong Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, SAC Hj. Md Khair Hj. Othman, Timbalan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, ACP Lam Chien Fei, para pegawai PPZ-MAIWP, pegawai kanan PDRM dan Urus Setia BAKA JIPS Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2023 12.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM