Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sampaikan Ucaptama Dalam Seminar Malaysia S Elements Of National Power Executive Week

Diterbitkan: 01 Nov 2023 4.15 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 1 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan ucaptama bersempena Seminar Malaysia’s Elements of National Power Executive Week yang diadakan di Dewan Trisakti, Maktab Ketahanan Nasional (MKN), di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sampaikan-ucaptama-dalam-seminar-malaysia-s-elements-of-national-power-executive-week
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT
Putrajaya, 1 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan ucaptama bersempena Seminar Malaysia’s Elements of National Power Executive Week yang diadakan di Dewan Trisakti, Maktab Ketahanan Nasional (MKN), di sini, petang tadi.

Antara intipati ucaptama Dato’ Sri Ayob Khan bertajuk “Internal Threat to Malaysia’s National Security” memfokuskan berkenaan pelbagai ancaman dalaman yang mendatangkan risiko kepada keselamatan negara ini.

Beliau turut menekankan kepentingan toleransi dan sikap saling hormat-menghormati pelbagai etnik, agama dan budaya tanpa mencetuskan sebarang konflik.

Menurut beliau lagi, isu dadah yang semakin berleluasa secara tidak langsung memberi kesan kepada individu, organisasi serta negara yang memerlukan perhatian khusus untuk membendungnya selain turut memberi tumpuan kepada usaha memerangi rasuah dari peringkat akar umbi.

Seminar yang berlangsung selama dua jam itu merupakan salah satu tentatif sepanjang "Executive Week" anjuran MKN yang mengumpulkan pakar-pakar dari pelbagai kementerian serta agensi untuk memberi pencerahan kepada para peserta berkenaan pendedahan kerajaan dalam memelihara keselamatan negara.

Program yang bermula sejak 30 Oktober lalu sehingga 3 November depan disertai oleh para pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi keselamatan negara.

Turut sama, Komandan MKN, Mejar Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar.

Sumber: PDRM RMP TV
 
ArtikelDiterbitkan 01 Nov 2023 4.15 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM