Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Sampaikan Sijil Tamat Pengajian Kepada 99 Graduan Pdrm Dan Atm

Published: 06 Nov 2023 7.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 6 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 99 graduan yang terdiri daripada 96 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) sesi 2021/2023.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sampaikan-sijil-tamat-pengajian-kepada-99-graduan-pdrm-dan-atm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:39 MYT
Cheras, 6 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 99 graduan yang terdiri daripada 96 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) sesi 2021/2023.

Kesemua graduan program kerjasama Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu diraikan dalam majlis penutupan yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Berucap pada majlis itu, Dato' Sri Ayob Khan berkata, kolaborasi akademik antara PDRM dengan UKM bermula pada tahun 1994 apabila Program DSSK diperkenalkan dan tahun 2004 bagi Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan). Manakala kerjasama dengan UM bermula dari tahun 2001 bagi Program DESS.

Tambah beliau, sepanjang tempoh kerjasama strategik itu, seramai 2,110 graduan telah berjaya menamatkan pengajian mengikut program masing-masing.

Namun begitu, jelas beliau selepas tahun 2023, semua program bertaraf diploma dalam PDRM seperti DSSK dan DESS akan dimansuhkan dan hanya program jangka panjang bertaraf sarjana sahaja iaitu Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) kerjasama UKM dan Program Ijazah Sarjana Pengadilan Jenayah kerjasama UM diteruskan.

“Kita masih menunggu kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri bagi kedua-dua program ini,” tambah beliau lagi.

Seusai ucapan, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil tamat pengajian kepada para graduan oleh Dato' Sri Ayob Khan dengan diiringi Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman.

Seisi dewan turut bersedih apabila pengacara majlis mengumumkan penyampaian sijil kepada Allahyarhamah Inspektor Saliah Mohd Ijab yang diterima oleh anaknya Cik Nurul Ashikin Shamsuddin untuk diabadikan sebagai kenangan.

Allahyarhamah Inspektor Saliah telah mengikuti Program DESS selama 18 bulan sebelum meninggal dunia pada 2 September lalu akibat kemalangan jalan raya.

Sementara itu, dalam majlis penutupan kali ini, seramai tiga graduan terbaik keseluruhan program menerima piala pusingan dan dikalungkan selempang terbaik.

Mereka terdiri daripada Superintendan Pengajian Sains Pembangunan Pengurusan, Superintendan Iszarina Ishak dari Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM Kuala Lumpur yang dianugerahkan graduan terbaik bagi Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dengan keputusan PNGK: 4.00.

Graduan terbaik bagi Program DSSK ialah ASP E8, ASP Yusmin Nizar Abdul Yusof dari Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan memperoleh PNGK: 3.89, manakala Pegawai Perlesenan, ASP Mohd Sany Husin dari Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu merupakan graduan terbaik bagi Program DESS dengan PNGK: 3.87.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah Akademik, Pelajar & Pentadbiran, Pusat Pendidikan Berterusan UM (UMCCed), Dr. Nur Amalina Abdul Ghani, Penyelaras Program, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Dr. Nur Hafizah Yusoff dan para pensyarah UM, UKM serta Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan PDRM dan ATM sesi 2021/2023 yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya!

Jurugambar: PDRM RMPTV

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 5 orang

Mungkin imej 1 orang, orang ramai dan dais

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang dan klarinet

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang


ArticlePublished 06 Nov 2023 7.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM