Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Sampaikan Ceramah Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024

Published: 06 Nov 2024 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seremban, 6 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan sebagai panel penceramah dalam Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2024 yang berlangsung di Grand Ballroom, Klana Resort, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sampaikan-ceramah-sempena-sambutan-hari-integriti-peringkat-kerajaan-negeri-sembilan-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:28 MYT

Seremban, 6 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan sebagai panel penceramah dalam Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2024 yang berlangsung di Grand Ballroom, Klana Resort, di sini, semalam.

Majlis bertemakan “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi” itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zafir Ibrahim.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan mengupas tajuk "Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam" di hadapan lebih 200 peserta yang terdiri daripada kakitangan agensi dan jabatan di bawah kerajaan negeri.

Intipati ceramah beliau antaranya menyentuh mengenai isu integriti, rasuah, tatakelola pengurusan dan ketidakpatuhan dalam kalangan penjawat awam. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa sekiranya seseorang pegawai awam itu melakukan tugas dengan penuh berintegriti, secara tidak langsung ia merupakan cerminan kepada pentadbiran sesebuah kerajaan yang cemerlang.

Dato' Sri Ayob Khan turut mengingatkan kepada semua agar sentiasa berpegang kepada prinsip Rukun Negara bagi memelihara integriti diri yang merupakan asas jati sebagai rakyat Malaysia.

Seusai majlis, Dato' Sri Ayob Khan sempat meluangkan masa melawat reruai Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Turut hadir, Timbalan SUK Negeri Sembilan, Dato' Rozitta Sulaiman, Ketua Unit Integriti Kerajaan Negeri Sembilan, Puan Nur Hafizah Abdullah, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Muhammad Idzam Dato' Hj. Jaafar dan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Hatta Che Din.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'RI INTEGR NTADBIR/ KERAJAAN ERI SEMBILAN UL KHUSU EGUREVTEGR VTEGP EGU KUKU DA D A tia TIN leh: leh I

May be an image of 14 people, dais and text


ArticlePublished 06 Nov 2024 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM