Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Sampaikan Amanat Kepada Warga Polis Perak

Diterbitkan: 20 Oct 2023 1.57 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jurugambar: PDRM RMP TV
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-sampaikan-amanat-kepada-warga-polis-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:34 MYT
Ipoh, 20 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga Polis Perak, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, petang tadi.

Dalam amanatnya, beliau menyeru agar semua warga kontinjen terus meningkatkan nilai integriti dengan tidak sesekali berkompromi dalam hal salah laku rasuah.
Tambahnya lagi, integriti kekal menjadi keutamaan dan ia perlu menjadi budaya seluruh warga Pasukan selain dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dato’ Sri Ayob Khan turut mengingatkan warga Kontinjen Perak agar mengutamakan fokus utama Ketua Polis Negara (KPN) dalam menjalankan tugas iaitu perkhidmatan PDRM bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.

Beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan mengikut Peraturan 3c (Peraturan Pegawai Awam) Kelakuan Tatatertib 1993 ke atas mana-mana pegawai atau penyelia yang tidak bertanggungjawab dalam mengawal selia bawahan masing-masing.
Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan di perkarangan IPK Perak telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris sebelum menandatangani buku melawat.

Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api), SAC Dato’ Dzulkhairi Mukhtar, barisan ketua jabatan IPK Perak, ketua polis daerah dan ketua polis balai Kontinjen Perak.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2023 1.57 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM